Wednesday, 4 March 2015

hati.hancur.

Hati aku sakit gila. Bukan aku tak cuba nak berbaik dgn kau. Kau yg taknak. Dan tadi aku tanya sampai bila nak macam ni, kau jawab sampai bila bila kan? Kalau tadi aku cakap "jangan lah sampai bila bila", kali ni aku akan cakap "okay" je kalau kau nak kita gaduh sampai bila bila. Hati aku sakit sangat weh. Kata kata kau yaAllah macam ada pisau tikam tikam hati aku ni. Dan tak mudah aku nak lupa. Okay, kita gaduh sampai bila bila. sebab hati aku dah HANCUR BERKECAI :) Thank you weh. Aku terima sangat. Memang terima kasih gila gila lah hahahaha :')

Saturday, 21 February 2015

!!!!!

Hi. Semalam aku dapat ang pau. Berapa? Rm 15 je hahaha. Tapi okay lah dapat tambahkan duit poket aku kan. Hm. Aku taknak g skolah isnin ni. Buku m2 tak hantar. Aku takut rohani tu bising. Sumpah rasa macam tak nak g skolah. Tapi isnin ada subjek kimia dgn add math. Subjek aku suka tu. Tapi... takut rohani bising hm. homework kimia tak siap lagi. Ingat jap g baru nak start buat. Hah lagi satu. Subjek yg aku falling in love gila gila ialah add math dgn fizik. Kimia tu aku suka jugak. Tapi add math dgn fizik lebih lagi. Bio... em em. Hahaha. Best tapi aku tak berapa nak minat. Tapi tak boleh lah macam tu kan. Kena minat semua. Nak masuk U. Tu target aku. Hihi bye bye

Monday, 16 February 2015

ang pau.

Hai.. tahun baru cina nak dekat dah kan? Lagi berapa hari je. Aku update ni bukan apa. Aku nak luahkan perasaan aku. Iaitu perasaan terlalu berharap agar tahun ni aku dapat ang pau lagi. Harap harap jiran aku bagi lagi hihihi. Maklumlah boleh dikatakan majoriti taman perumahan aku ni bangsa cina. Berapa kerat je melayu. So bila tahun baru cina banyak lah dapat ang pau. Macam tahun lepas. So aku harap tahun ni lagi banyak dari tahun lepas lah kalau boleh kan. Hari ini lebih baik dari semalam. Yeah haha

Sunday, 14 December 2014

im leaving

Hi. Malam ni malam last aku ws dgn kau. Lepasni aku takkan kacau kau dah. Aku janji. Whatsapp pun aku dah unistall. So mmg aku takkan menyemak dalam hidup kau dah. Aku dapat rasa kau layan aku bukan macam selalu. Ye tau salah aku. Tapi aku tak buat dah. Kau layan aku macam orang asing. Aku terasa. So malam ni aku pilih taknak kacau hidup kau. Aku sayang kau. Sayang sangat. Tapi aku taknak la aku je beria beria buat macam kita ni dah okay macam sebelum ni padahal kau tak anggap aku macam dulu kau pernah anggap aku. Berbelit ayat hahaha biar lah. So aku mmg takkan kacau kau dah. Sahabat :')

Wednesday, 19 November 2014

THEM

Aku nak kenalkan korang dengan sahabat sahabat aku.

1) peah & aisyah mok.

Peah tu kenal kat tadika islam naim, aisyah mok ni pulak dulu dia darjah 1 sama kelas dengan aku. Tapi time tu aku tak rapat lagi. Waktu aku darjah 4, kitorang sama kelas balik. Peah pun time tu darjah 4 sama kelas dgn aku so kat situlah aku, peah dan aisyah mok bergabung. Sampai buat nama group #SyahTeaNiece lagi hebat tak hebat tak hahaha. Tapi bila masuk form 1, semua berpecah. Peah skolah syahbandar. Aisyah mok skolah agama menengah tinggi hisamuddin manakala aku pulak masuk sekolah menengah ibn khaldun. Tapi walaupun kitorang berpecah, kitorang still contact. Tapi aku dgn peah tak kisah pun kalau skolah dah lain sbb kitorang duduk taman perumahan yg sama heeee.
Gambar atas ni aku dengan peah. Last day skolah darjah 6 huaaaa T_T

Gambar yg atas ni pulak aku dengan aisyah mok. Ni pun last day skolah darjah 6. Btw aku ada 2,3 gambar je dengan dia ni hahaha sedih T_T

2) suhaila, hidayah, fana, mimi.

Bila aku masuk je form 1 dan menuntut ilmu dekat sekolah menengah ibn khaldun, aku jumpa pulak dengan suhaila, dayah, fana dengan mimi. Kenangan dengan diorang pun banyak jugak walupun aku sempat sama sama dengan diorang dalam 8 bulan je. Serious banyak kenangan. Suhaila ni dapat gelaran aku bagi kat dia sahillu. Sahillu tu perlataan dari buku mutola'ah. Mutola'ah tu salah satu subjek diniyah dekat sekolah ibn khaldun. Maksud sahillu tu sama maksud dengan nama dia suhaila. Maksudnya mudahkan. Sahillu ni kalau merajuk memang ah. Amik masa minggu minggu nak pujuk. Tapi aku sayang dia. Sayang sangat sangat. Dayah, fana, mimi pun aku sayang. Tapi 30/8/2012hari terakhir aku skolah kat situ sebab abah kena pindah Penang dan aku pun kena lah ikut duduk penang.


Ya Allah rasa sayu je hati tengok gambar atas ni. Gambar ni lah gambar terakhir aku kat ibn khaldun. Bayangkan, aku nak pindah diorang buat jamuan untuk aku. Siap reka lagu lagi. Yg aku ingat "athirah tersayang, athirah tercinta tanpa mu sunyilah kelas 1 hasanah" hahahaha x'D ok serious rindu. Huzaimah ketua kelas 1 hasanah haritu datang lewat kat skolah. Ustazah rusmilia tanya kenapa lambat. Huzaimah jawab sbb beli kek untuk athirah untuk jamuan. Aku dah sebak dah kat situ. Sanggup dia datang lambat sebab beli kek untuk aku. Btw , huzaimah ni suka tegur aku. Maklumlah aku ni bukan baik sangat pun. time aku nak pindah tu, macam macam hadiah aku dapat. Sampaikan nak balik tu, hadiah huzaimah bagi aku tertinggal. Malam tu aku on fb dia cakap aku tak bawak balik hadiah yg dia bagi. Aku rasa kesian sangat . Nak amik pun tak boleh sbb esoknya aku pindah penang. Sorry zaim T_T btw dia perempuan. Sebab skolah ibn khaldun ni kelas dia asingkan lelaki dengan perempuan. Ok yg tepi sekali kiri tu, mimi. Pakai spek tu aku, buat peace tu fana dan sebelahnya dayah. yg duduk tu sahillu. Aku takkan lupakan korang. Dengar lagu sahabat-amar mesti ingat kenangan dekat ibn khaldun. Ya Allah rindu.

3) #teamBTAB.

sekarang aku teruskan kehidupan aku dekat negeri orang. Ecehhhh. Yelah aku lahir dekat selangor membesar kat sana dari bayi sampai lah umur 13 tahun pastu pindah penang. So negeri orang lah kira kan hahaha. Dekat penang aku sambungkan pengajian aku di smk raja tun uda. Aku masuk skolah ni bulan 9 tahun 2012. Masa mula mula masuk tu jangan cakap lah kan. Memang kalau ingat balik, terasa diri ni bendul gila. Hahaha. Yelah skolah baru, loghat baru semua baru. Tapi bila aku masuk form2, aku makin rapat dengan 3 orang ni. First nama dia Norsyamila Syazlin bt Abd Wahab. Second Nurfatin Natasa bt Abd Rahman. Yg akhir skali Zuly Aida Shaerah bt zunkefli. Diorang ni memang gila gila lah best. Kitorang buat nama group kitorang #teambtab. Apa maksud btab? Maksud nya ialah Bunga Taik Ayam Busuk. Pelik tak pelik tak? Hahahaha xD aku sayang diorang sangat sangat sumpah.


Ni lah #teambtab. Buat peace tu fatin. Yg tunjuk lidah angkat kening tu aku. Sebelah tu syamila dan nampak muka separuh tu zuly. Aku sayang diorang sangat sangat. Seriously doooo


my happiness

Aidil Razali bin Morat.

Kadang kadang garang, kadang kadang tegas, kadang kadang suka buat lawak, kadang kadang suka buat loya buruk, kadang kadang perangai kebudak budakkan. Dia suka backup aku bila mak aku membebel kat aku, marah aku. Tapi kalau memang betul salah aku, kau tunggu je lah apa dia nak buat. Memang seram. Tapi aku tak selalu kena sebab ye lah mana berani kan nak buat salah kang tak pasal pasal kena.

Timah binti Bakar.

Biasalah kalau dah dapat gelaran ibu ni, mesti lah suka membebel kan. Lumrah lah tu. Kadang kadang memang aku tak dapat tahan dengar ibu membebel. Tu lah kadang kadang aku terkasar hm. Walaupun ibu suka membebel, ibu tetap special. Walaupun kadang kadang aku terkasar bahasa dgn dia, aku tetap sayang dia. Masakan ibu memang takde sape boleh lawan. Rendang ibu, sup tulang ibu, nasi lemak sambal sotong kering ibu, semua lah yg ibu masak memang terbaik walaupun hanya sambal belacan. Pergh memang sedap.

Aisyah Jannat binti Aidil Razali.

Dia ni adik aku yg pertama. Kira anak kedua lah kan sebab aku sulung. Walaupun umur dia dah12 tahun, panggilan dia dalam keluarga ialah 'adik'. Sebab dari kecik dah panggil dia macam tu,so melekat panggilan tu. Dia ni memang suka buat keadaan jadi bising. Suka kacau orang, suka buat bunyi pelik pelik bagi orang sakit hati bila dengar dll. Tapi kalau contoh dia g lawatan ke apa apa ke, mesti rumah nanti jadi sunyi gila. Dan semua orang dalam rumah tu akan rindu dia. Tapi bila dia dah balik dari rombongan, jadienyampah pulak dia ada hahahaha.

Muhammad Arman Adam bin Aidil Razali.

Dia adik aku yg kedua (8 tahun). Panas baran, penakut tu ciri ciri dia. Kalau cari gaduh dengan dia, memang kau tunggu lah benda apa dia nak baling kat kau. Tapi yg tak boleh blah panas baran macam tu pun, bila nak mandi suruh orang teman. Amik barang dalam bilik yg takde orang pun suruh teman. Punya penakut gila. Lagi satu, bila main bola dgn dia, lepastu dia tak dapat bola, dia akan menangis  hahahaha part tu memang aku suka tengok. Kadang kadang kalau geram sangat, boleh kejar orang yg dia tak puas hati satu padang dia kejar. Aku pernah kena sebab aku memang suka bab mengacau dia sampai menangis ni hahahaha.

Muhammad Muadz Khaizuran bin Aidil Razali.

Adik aku yg ketiga dan selarang umur dia 3 tahun. Dia ni comel sangat. Dia pandai amik hati bila aku marah dia. Nanti dia akan tanya "akak marah ke?" Dengan cara dia cakap tu serious comel. Walaupun umur 3 tahun, dia pandai cakap macam bukan umur 3 tahun. Kalau aku ada masalah aku tak tau nak cerita kat sape, nanti aku akan cerita dekat dia. Nanti sia tanya lah "kenapa jadi macam tu" "akak jangan lahacam tu" tapi style pelat dia lah. Dia pun pandai bergurau macam bukan umur 3 tahun cara dia bergurau tu. Apa apa pun akak sayang muadz sangat sangat sangat!

Tuesday, 18 November 2014

kenangan pertama.

Ok mula mula aku nak bagitau, panggilan untuk Nurul Anis Sofea Binti Saidin ialah peah / sopeah. Dua dua tu aku panggil dia hahaha. Ok kenangan pertama yg memang aku tak boleh lupa dengan sopeah ialah

KUNCI DIA DALAM TANDAS.
Benda ni jadi waktu aku darjah 1. Aku kunci peah dalam tandas. Time tu aku rasa macam lama gila dia dalam tandas pastu aku cakap kat dia "cepat lah sikit, kalau tak aku kunci kau" lebih kurang macam tu lah dialog aku. Time tu tandas tak boleh kunci dari dalam sbb faham faham je lah tandas skolah macam mana kan. Ada yg ok ada yg tak. Tandas tu boleh kunci dari luar je. Pelik punya tandas hahaha. Lepastu, aku rasa peah ni lama gila dalam tandas, aku kunci tandas tu dari luar. Hahahahaha memang lawak ingat balik. Lepas aku kunci tu, aku masuk kelas. Tiba tiba dalam kelas aku tersedar "eh lamanya dia g tandas" . Pastu aku baru ingat yg aku kunci dia. Tak lama lepastu, dia balik kelas. Muka dia mmg muka bengang  lah kan hahahaha xD aku tanya sape bukakkan pintu. Dia jawab ada budak ni tolong bukak. Nasib baik ada orang. Aku pun macam "kesian pulak kat kau" ahahahaha xD